Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 22 Mei 2010

Temuduga terbuka untuk calon guru pedalaman Sabah, Sarawak




SUNGAI PETANI: Dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, Kementerian Pelajaran bertindak mengadakan temuduga terbuka di kawasan terbabit bagi memilih calon guru yang layak.

Timbalan Menteri berkenaan Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah itu dimulakan tahun ini dengan temuduga pertama telah diadakan di Kapit dan Belaga, Sarawak pada 18 Mei lalu.
"Mereka yang memenuhi syarat kelayakan akan dihantar ke institut perguruan untuk mengikuti latihan dan selepas itu akan dihantar balik untuk berkhidmat di kawasan masing-masing," katanya.
Beliau berkata, untuk tahun ini pihaknya menjadualkan sebanyak lapan temuduga terbuka bagi kedua-dua negeri berkenaan.

"Ini hanya untuk kawasan pedalaman di kedua-dua negeri berkenaan. Bagi kawasan lain mereka masih memohon mengikut prosedur biasa," katanya menambah temuduga terbuka seterusnya ialah di Nabawan, Sabah, Isnin ini.

Mengulas perkara berkaitan, Puad berkata bermula pengambilan tahun ini juga kementeriannya akan lebih teliti dalam pemilihan calon guru agar martabat profesion itu terjaga.

Katanya, antara kriteria yang akan ditekankan ialah calon harus mempunyai ketahanan diri yang tinggi selain kesanggupan memberi komitmen penuh kepada tugas.
"Kandungan latihan perguruan pada masa depan juga akan mencakupi bidang keintegritian supaya profesion keguruan terus dihormati selain bagi memenuhi tuntutan masyarakat," katanya.

Beliau berkata, untuk tahun ini seramai 5,292 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia akan berpeuang mengikuti kursus perguruan manakala seramai 1,878 calon lagi akan diambil di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

Mohd Puad sebelum itu merasmikan program "Lonjakan Juara Bersama Pelajar SPM 2010" anjuran Puteri Umno bahagian Sungai Petani di sini. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular