Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 21 Mei 2010

Anakanda Tengku Mahkota Pahang diserang denggi



ROMPIN: Anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Tengku Abdullah, 10, hari ini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kerana menghidap demam denggi.

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata puteri baginda dimasukkan ke HTAA jaml 1 tengah hari tadi selepas ujian darah yang dilakukan menunjukkan Tengku Afzan positif denggi.
Menurut baginda, Tengku Afzan mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan suhu badannya mencecah sehingga 39 darjah celcius.

"Tengku Afzan dibawa ke HTAA untuk pemeriksaan apabila suhu badannya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau penurunan namun keadaannya stabil selepas menerima rawatan," titah baginda selepas menziarah waris seorang mangsa kebakaran di Felda Keratong 1 dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, seorang warga emas, Minah Mahmud, 72, yang tinggal seorang diri, ditemui rentung di bilik tidur selepas rumahnya musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2 pagi.

Menurut Tengku Abdullah, puterinya itu dipercayai mendapat jangkitan demam denggi daripada kembarnya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.

"Saya tidak pasti dari mana anak ketiga dan keempat saya ini mendapat jangkitan tetapi berkemungkinan besar dari sekolah mereka," kata baginda.
Dengan itu, baginda menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran.

"Dalam keadaan sekarang, kita harus berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan terutama di kawasan kediaman atau persekitaran," titah baginda. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular