
PESERTA termuda Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Terengganu 2010, di Kuala Berang, semalam, Nur Hidayah Abdul Rahman, 19, muncul johan qariah, manakala johan qari disandang tutor Universiti Pendidikan Sains Islam Malaysia, Selangor, Ahmad Tarmizi Abd Rahman, 27. Beliau juga tenaga pengajar untuk Program Akademi al-Quran musim ketiga terbitan TV9. Nur Hidayah dan Ahmad Tarmizi membawa pulang wang tunai RM7,000, selain pakej umrah, sijil, piala pusingan dan piala iringan. Hadiah disampaikan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman.
