
KAIN rentang dipasang di tembok tanah milik Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia selepas selesai operasi pengusiran penceroboh di tanah itu di No 48, Jalan Kemang Raya, Jakarta Selatan.
Kedutaan Besar Malaysia di sini, hari ini dengan rasmi menerima kembali tanah bekas tapak Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu selepas 12 tahun menuntut haknya di mahkamah. (Bawah) Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin (kanan) dan Datuk Bandar Jakarta Selatan, Syahrul Effendi (tiga, kanan) mendengar pembacaan surat penyerahan tanah oleh seorang pegawai undang-undang selepas operasi mengusir penceroboh di tanah itu.
