Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 21 Mei 2010

Malaysia Catat 65 kes baru H1N1




KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebanyak 65 kes baru influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini sebanyak 14,614 kes dengan 85 kematian.

Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad seluruh negara adalah sebanyak 587 kes.

Daripada jumlah itu, 68 kes atau 11.6 peratus disahkan positif H1N1 manakala bilangan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 9 kes dengan kesemuanya mempunyai faktor risiko.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerima enam laporan kejadian kluster ILI melibatkan enam negeri - Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan penularan jangkitan ini dengan mengelakkan berada di di tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular