Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 20 Mei 2010

Kegiatan Al-Arqam dipantau supaya tidak dihidupkan semula

( Foto hiasan )


PUTRAJAYA 20 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memantau kegiatan pengikut bekas pemimpin Al-Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu, tidak dihidupkan semula.

"Kita (kerajaan) akan pantau. Kita akan tengok perkara sebenar kerana kita tidak mahu perkara ini (kegiatan Al-Arqam) berulang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kali ketiga di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini bahawa pengikut Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya, kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin Al-Arqam itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert itu diadakan empat hari selepas Ashaari, 73, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist pada 13 Mei lepas akibat jangkitan paru-paru.

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa keselamatan akan memantau secara dekat kegiatan pengikut bekas pemimpin Al-Arqam itu dan berharap orang ramai tidak bimbang dengan situasi itu. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular