Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 20 Mei 2010

Papa: kerajaan timbang semula - amah simpan pasport

( Foto hiasan )



KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) meminta kerajaan mempertimbangkan semula langkah membenarkan pembantu rumah warga Indonesia menyimpan sendiri pasport mereka.

Presidennya, Alwi Bavutty, berkata mereka setuju dengan cadangan cuti sehari dalam seminggu diberikan tetapi mereka tidak bersetuju pembantu rumah Indonesia diberi hak memegang pasport mereka.

"Tidak ada satu masalah timbul berikutan daripada pasport itu dipegang oleh majikan, kita tak tahu kenapa ia dijadikan isu di dalam nak menandatangani MoU yang baru ini, sepatutnya tiada masalah pun," katanya.

Ketika ditanya mengenai masalah berapa ramai pembantu rumah warga Indonesia lari ketika bekerja di Malaysia beliau berkata berdasarkan pengalaman Papa, 15 peratus daripada pembantu rumah Indonesia terbabit dengan kes lari.

Katanya, ianya adalah angka paling tinggi jika dibandingkan dengan pembantu rumah yang berasal dari negara lain seperti Filipina.

"Antara salah satu faktornya ialah disebabkan pekerja Indonesia yang ramai di negara ini, kebiasaanya pembantu rumah ini (Indonesia) akan dipengaruhi oleh kawan-kawan mereka yang datang lagi awal daripada mereka.

"Contohnya mereka yang datang lagi awal ini akan memberitahu pekerjaan dari sektor lain gajinya lebih banyak jika dibandingkan dengan pekerjaan pembantu rumah," katanya.
Alwi berkata, selain itu pertembungan budaya yang berbeza juga antara majikan dan pembantu rumah juga antara punca atau sebab mereka melarikan diri.

"Antara lain mungkin jika mereka tinggal di rumah tersebut mereka akan rasa terasing kerana hanya mereka sahaja yang berbudaya lain contohnya mereka beragama Islam manakala majikan beragama lain.

"Di samping itu juga mungkin penguasaan bahasa yang kurang yang menyebabkan mereka melarikan diri, kerana tidak faham arahan sebenar majikan menyebabkan mereka rasa tertekan" katanya.

Pada Selasa lalu, Malaysia dan Indonesia menandatangani surat hasrat berhubung perkara itu ke arah menyelesaikan isu pembekuan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia yang berlarutan hampir setahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata surat hasrat itu juga antara lain menetapkan pasport pekerja Indonesia hendaklah dipegang oleh pekerja kecuali dengan persetujuan kedua-dua pihak. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular