Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 17 Mei 2010

SPRM tangkap 263 orang dalam empat bulan pertama 2010

( Foto hiasan )



SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 263 orang dari Januari hingga April lalu kerana terbabit dengan rasuah, kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya, Mustafar Ali.

Daripada jumlah itu, katanya, 128 tangkapan membabitkan penjawat awam manakala 135 tangkapan adalah orang awam dan sektor swasta.

"Daripada jumlah itu pula 60 pertuduhan diambil tindakan di mahkamah," katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah SPRM Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Zainul Darus menyerahkan tugas kepada penggantinya Hishamuddin Hashim.

Hishamuddin sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya manakala Zainul akan bertukar ke Pulau Pinang sebagai Timbalan Pengarah SPRM di negeri itu.

Katanya, berdasarkan perangkaan itu, ia menunjukkan bahawa tangkapan terhadap penjawat awam terus menurun sejak empat tahun kebelakangan ini manakala tangkapan terhadap orang awam meningkat.

"Ini bermakna, kempen dan gerakan untuk menangani masalah pemberi rasuah di kalangan penjawat awam telah semakin berjaya," katanya.

Bagi Negeri Sembilan, Mustafar berkata, 178 tangkapan dilakukan sejak 2005 hingga April 2010, dengan 85 daripadanya membabitkan penjawat awam, 91 sektor swasta dan dua ahli politik.

Katanya, 79 pemberi rasuah ditangkap di seluruh negara dari Januari hingga April lalu, dengan nilai sogokan RM500 hingga RM35,000. Daripada jumlah itu, 21 tangkapan membabitkan warga asing. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular