Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 4 Julai 2012

FAM mahu kumpul bukti sahih


SKUAD Harimau Muda selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam selepas mengharungi kempen Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon, Myanmar.



KUALA LUMPUR - PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tindakan Myanmar menurunkan beberapa pemain melebihi usia 22 tahun ketika menentang Harimau Muda pada perlawanan terakhir Kumpulan G Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon kelmarin.

Bagaimanapun, FAM terlebih dahulu mahu mengumpul bukti- bukti sahih sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

Justeru, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau akan mendengar laporan daripada pengurus Harimau Muda, Datuk Afandi Hamzah dan jurulatih, Ong Kim Swee dalam masa terdekat.

Menurut Azzuddin, pihaknya mahu meneliti dakwaan yang mengatakan Myanmar tidak mematuhi peraturan pertandingan yang telah ditetapkan AFC.

“Saya ada menerima makluman mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Jadi, FAM akan meng- adakan pertemuan dengan Afandi dan Kim Swee terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

“Buat masa ini, FAM sudah bersedia untuk melakukan prosedur seperti mana yang ditetapkan AFC sebelum mengemukan sebarang bantahan rasmi,” kata Azzuddin  semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular