Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Julai 2012

‘Keadaan seperti di medan perang’ E-mel Artikel


Tujuh pelajar Malaysia selamat pulang dari Syria mengaminkan doa di KLIA.





SEPANG - “Situasi di sana memang tidak ubah seperti di medan perang, sebab setiap hari boleh dengar letupan. Paling menakutkan kawasan letupan itu hanya kurang sekilometer daripada rumah,” kata seorang penuntut Malaysia di Syria, Mohd Luqman Saidin, 23, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Menurutnya, setiap hari dia dan tiga rakan serumah menjalani kehidupan dalam ketakutan dan cemas kerana mendengar bunyi letupan dilepaskan pihak bertelagah di antara tentera pembebasan dan tentera kerajaan negara berkenaan.

“Walaupun kawasan itu berdekatan dengan tempat kediaman, saya tidak pernah lihat daripada dekat apa yang terjadi. Saya cuma nampak helikopter selalu berlegar di ruang udara.

“Letupan berlaku selepas waktu Asar hingga ke tengah malam. Sebab itu kami tidak dibenarkan keluar pada waktu malam dan duduk di rumah saja,” katanya.

Mohd Luqman yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah adalah seorang daripada tujuh pelajar Malaysia yang dibawa pulang kerajaan dari negara bergolak itu melalui pesawat Emirates EK346.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular