Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 18 Julai 2012

Warga asing cuba seludup daging khinzir





KUALA BELAIT - Sejumlah 50 kilogram daging beku khinzir merupakan salah satu barang tegahan yang cuba diseludup masuk oleh seorang lelaki warga Malaysia bagaimanapun telah berjaya dipatahkan oleh Pegawai Pemeriksa Kastam Sungai Tujoh petang kelmarin.

Bahagian Pencegahan Jabatan Kastam cawangan Daerah Belait melaporkan hari ini, semasa melalui Pos Kawalan Sungai Tujuh lelaki terbabit menafikan membawa barangan untuk diisytiharkan, namun apabila pemeriksaan dijalankan daging khinzir ditemui dalam sebuah kotak penyejuk yang ditutup dengan kain kanvas disimpan di bahagian belakang kereta jenis van dengan nombor pendaftaran tempatan yang dipandunya.

Selain itu, turut ditemui adalah sejumlah 10 kotak yang mengandungi 24 tin minuman keras jenis bir dan sejumlah 21 karton rokok.

Minuman keras ditemui disembunyikan di ruang kosong atap kereta, selebihnya disembunyikan di bahagian alas kaki penumpang belakang bersama dengan rokok.

Lelaki terbabit dalam siasatan awal mendakwa hendak membuat perjalanan transit menuju ke Limbang.

Bagaimanapun lelaki terbabit akan dihadapkan ke mahkamah untuk dakwaan di bawah Seksyen 140 Perintah Kastam 2006 dan dalam masa yang sama di bawah Seksyen 146 Perintah Eksais 2006.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular