Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Julai 2012

300 kedai makan mamak tidak ada sijil halal


Pekerja Pelita Nasi Kandar menunjukkan sijil halal Jakim sebagai bukti restoran itu mengambil berat akan isu halal.





GEORGETOWN - Lebih 300 kedai nasi kandar di Pulau Pinang tidak mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Difahamkan, setakat ini hanya tiga kedai dan rangkaiannya memperoleh sijil halal iaitu Restoran Nashmir (Restoran Nashmir Nasi Kandar Sdn Bhd), Pelita Nasi Kandar (Pelita Samudera Pertama (M) Sdn Bhd) dan Restoran Kamalia.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Sihabutheen Kirudu Mohamed ketika dihubungi  mengakui kenyataan itu dan menganggap keadaan itu berlaku disebabkan sikap sambil lewa pengusaha terbabit.

Beliau berkata kebanyakannya memandang remeh isu pemilikan sijil halal menyebabkan mereka tidak membuat permohonan untuk mendapatkannya.

Menurutnya, walaupun Presma sudah berulang kali memberi nasihat kepada lebih 200 ahlinya dan 100 pengusaha kedai dan restoran nasi kandar lain agar mendapatkan sijil halal, namun masih ramai yang tidak menghiraukannya atau berusaha mendapatkan pengiktirafan sijil halal.

“Pelbagai alasan yang diberikan oleh segelintir pengusaha antaranya ada peniaga yang berniaga lebih 20 tahun mempersoalkan mengapa perlu mendapatkan sijil halal sedangkan
sebelum ini tiada masalah yang timbul.

“Ada juga peniaga tidak mahu melalui pelbagai prosedur yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.

Beliau berkata persatuan sebelum ini kerap kali menerangkan kepada mereka mengenai kebaikan dan kelebihan memperoleh sijil halal namun mereka tidak mengendahkannya.

Sihabutheen berkata, disebabkan tidak mempunyai sijil halal, ada pengusaha nasi kandar sengaja meletakkan tulisan Jawi atau ayat al-Quran bagi memberi tanggapan bahawa premis mereka berstatus halal.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular