Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 18 Julai 2012

Sumbangan mantan Mufti bantu perkasakan Muslim S'pura


RIWAYAT DIBUKUKAN: Mantan Mufti, Syed Isa Semait, membelek buku mengenai riwayatnya diperhatikan oleh Perdana Menteri Lee dan isteri Syed Isa, Sharifah Muznah Mohamed Al Hadad.






SINGAPURA - RIWAYAT hidup mantan Mufti Singapura yang telah menjadi pemimpin agama Islam Singapura selama hampir empat dekad telah diabadikan dalam sebuah buku yang dilancarkan semalam.

Kisah Shaikh Syed Isa Semait - daripada seorang anak yatim hingga menjadi seorang Mufti termuda di dunia - akan dapat dibaca dalam buku bertajuk Keeping The Faith, Syed Isa Semait, Mufti of Singapore (1972-2010).

Ia ditulis oleh Koresponden akhbar The Straits Times, Syed Zakir Hussain.

Semasa melancarkan buku tersebut, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata sumbangan cemerlang Syed Isa telah membantu masyarakat Melayu/Islam menjadi masyarakat yang berkeyakinan, progresif dan berpandangan jauh.

"Sejak dilantik sebagai Mufti pada usia 33 tahun, Shaikh Syed Isa Semait telah memimpin dengan cemerlang, mulia dan rendah hati walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran.

"Kepimpinan agama Syed Isa yang cemerlang dihargai dan dihormati oleh Muslim dan pemimpin agama lain di Singapura dan luar negara," ujar Dr Yaacob, yang melancarkan buku itu di The Pod, bangunan Perpustakaan Negara, Victoria Street.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular