Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Julai 2012

Penduduk Singapura cecah 5.26 juta tahun lalu




SINGAPURA - PENDUDUK Singapura mencapai 5.26 juta akhir tahun lalu dengan 3.27 juta merupakan rakyat Singapura sementara sekitar 0.54 juta adalah Penduduk Tetap, menurut Kertas Isu yang dikeluarkan pemerintah semalam.

Bakinya (1.46 juta) merupakan golongan bukan pemastautin (non-resident) yang merangkumi pemegang permit kerja, pembantu asing, pelajar, pemegang pas kerja dan tanggungan bagi warganegara, PR dan pemegang S-Pass.

Selain membentangkan pelbagai isu melibatkan penduduk, Kertas Isu itu juga ingin mendapatkan pandangan orang ramai mengenai isu-isu perkahwinan dan keibubapaan, imigrasi dan integrasi.

Kertas Isu itu dikeluarkan oleh Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD), Pejabat Perdana Menteri, semalam.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, mengumumkan bahawa pemerintah akan menyemak dasar perkahwinan dan keibubapaan bagi menggalak warga Singapura berkeluarga dan mempunyai lebih ramai anak.

Menurut NPTD semalam, cabaran demografi Singapura adalah rumit dan mempunyai kesan jangka panjang kepada Singapura dan warga Singapura.

"Lantas penting bagi kita membincangkan isu-isu ini dengan mendalam dan bersama sebagai sebuah negara.

"Ini dapat membantu kita memahami secara bersama pelbagai cabaran yang kita hadapi, menimbangkan keseimbangannya dan mencari imbangan bagi membangunkan penduduk berdaya tahan, ekonomi yang rancak dan menyediakan sekitaran kehidupan yang baik bagi rakyat Singapura," jelas NPTD lagi.

Antara cabaran demografi yang utama ialah bilangan kelahiran yang rendah, bilangan tenaga kerja yang berkurangan dan penduduk yang semakin tua.

Menjelang 2030, jika mengikut kadar kelahiran sekarang dan tanpa imigrasi, jumlah rakyat Singapura yang berusia 65 tahun ke atas akan meningkat tiga kali ganda kepada 900,000.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular