Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 16 Julai 2012

Latheefa Koya letak jawatan ahli majlis MBPJ




PETALING JAYA – Ahli MajlIs Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya hari ini meletakkan jawatan secara rasmi sebagai ahli majlis pihak berkuasa  tempatan itu.

Latheefa ketika dihubungi memberitahu dia sudah menyerahkan surat rasmi peletakkan jawatan  kepada Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan  Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya sudah serahkan surat itu kepada Datuk Bandar dan Menteri Besar pagi tadi,” katanya.

Beliau walau bagaimanapun  enggan mengulas lanjut mengenai sebab keputusan peletakkan jawatan itu dibuat.

Dalam surat rasminya itu  Latheefa berkata,  dia  faham bahawa Menteri Besar  dan Exco mempertimbang untuk menyingkirkannya  sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

Katanya, perkara itu sudah sampai ke  pengetahuan umum dan menjadi  bahan spekulasi,  jadi kedudukan sebagai Ahli Majlis tidak dipertahankan.

Difahamkan peletakan jawatan dibuat sejurus selepas Khalid  mengeluarkan kenyataan di sebuah portal berita untuk menggugurkan  beliau dari jawatan itu.

Dalam pada itu Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria mengesahkan surat peletakan jawatan Latheefa sudah diterima oleh pihak  MBPJ.

"Keputusan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta dan kini terdapat dua kekosongan jawatan ahli majlis selepas seorang lagi ahli majlis R. Selvarajan  meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal bulan lalu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular