Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 22 Julai 2012

Badan menggigil dengar tembakan



Petugas Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Aman Akil dan Syahidan Abu Hanifah (kanan) mengemaskan barang-barang untuk pulang ke Malaysia di pejabat persatuan itu dekat Mujtahid, Damsyik semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria setelah bercuti di Istanbul, Turki menceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik yang merupakan ibu kota Syria apabila helikopter tentera berlegar-legar di udara sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata pada mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju ke Damsyik.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

“Saya terpaksa berjalan kaki sejauh 25 kilometer untuk ke Damsyik namun bersyukur dapat menumpang sebuah lori bersama tiga rakan warga Syria,” katanya semalam.

Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan yang telah menyebabkan kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar Syria sejak Mac tahun lalu.

Menurut Muhammad Nadir, ketika tiba di pinggir bandar Damsyik pada pukul 7.30 malam, sebuah helikopter berlegar di ruang udara sambil melepaskan tembakan ke arah sebuah bangunan.

“Bunyi letupan meletus dan berselang-seli dengan bunyi tembakan ke udara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular