Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Julai 2012

Tiga wanita Islam antara dicekup tawar seks




KUALA LUMPUR - Lima wanita warga asing, termasuk tiga warga Indonesia beragama Islam yang disyaki terlibat tawar khidmat seks, dicekup dalam serbuan di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan BM 1/2, Taman Bukit Mayang, di sini, kelmarin.

Premis haram yang berselindung di sebalik kafe siber itu dikesan beroperasi setahun lalu.

Ketika diserbu kira-kira jam 9.30 malam, lima wanita terbabit didapati sedang berkumpul di hadapan kaunter premis untuk menanti pelanggan mereka.

Pegawai Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Inspektor Mohamad Mohd Jais berkata, semua wanita itu yang terkejut kehadiran empat anggota dan tiga pegawai polis, tidak sempat melarikan diri.

Beliau berkata, semua wanita yang ditahan adalah tiga warga Indonesia, seorang warga China dan seorang warga Vietnam berusia antara 20 hingga 27 tahun.

Menurutnya, turut ditahan penjaga premis terbabit seorang lelaki warga Myanmar berusia 23 tahun.

"Siasatan mendapati kesemua wanita itu tidak memiliki pasport.

"Pemeriksaan menunjukkan premis itu diubah suai untuk dijadikan premis pelacuran terdapat 20 bilik kecil dilengkapi tilam serta alat seks seperti kondom dan minyak pelincir turut disediakan," katanya, semalam.

Mohamad berkata, premis terbabit menyasarkan pelanggan tertentu dan kadar bayaran bagi setiap khidmat seks RM150.

Beliau berkata, pemilik premis begitu licik apabila pasang kamera litar tertutup (CCTV) serta pintu besi sebagai langkah mengelak kegiatan haram dikesan pihak berkuasa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular