Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 24 Julai 2012

Buku psikologi masakan Fazley


Kini Datuk Fazley terbabit dengan program Chef Suprise.



KUALA LUMPUR - MEMULAKAN karier sebagai penyanyi dan dikenali ramai melalui lagu Asmara Ini pada tahun 2007, nama Datuk Fazley Yaakob, 34, seterusnya melebarkan kariernya selaku perunding motivasi dan penulis buku. Dia kemudian menyandang gelaran ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan yang diperoleh menerusi pengajian di Universiti of Wales, United Kingdom, England.

Namun, beberapa kontroversi yang mencemarkan namanya apabila gelaran tersebut dipertikaikan hasil pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang mendakwa kelulusan European Business School yang dimiliki dari sebuah institusi pengajian di luar negara adalah palsu.

Susulan itu, Fazley meletakkan jawatan selaku Pengarah Eksekutif, Fazley International College yang terletak di ibu kota bagi mengelakkan kolej itu terjejas hubungan dengan Universiti Of Wales.

Selepas kontroversi berkenaan, nama Fazley seakan-akan tenggelam dan hanya dikenali sebagai perunding motivasi sehingga dia baru-baru ini muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia di saluran Astro Ria.

Menariknya, Fazley yang bersaing dengan rakan selebriti lain seperti Angah Raja Lawak (yang tumpas kepadanya untuk bergelar juara), Tomok, Juliza Adlizan, Soo Wincci dan ramai lagi, tidak menyangka bahawa peluang yang pada mulanya ingin ditolak telah menjulang namanya sebagai juara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular