Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 22 Julai 2012

Abe Soh 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu

Sebahagian ahli keluarga Che Soh.



KOTA BHARU - “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak hasil bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT.

Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil.

“Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular