Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 Julai 2012

‘Aku nabi akhir zaman’


Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam







MELAKA - Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin.

Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika ditanya mengenai pengakuannya.

Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular