Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 23 Julai 2012

Kritik bangunan UKM dalam Twitter Nazim mohon maaf


NAZIM menafikan dia sengaja mahu mencari publisiti murahan




KUALA LUMPUR - EMPAT tahun berkecimpung dalam industri lakonan, baru hari ini nama pelakon Nazim Othman, 28, meraih perhatian khalayak kerana kecemerlangan lakonannya dalam drama arahan Erma Fatima berjudul Deejavu di Kinabalu yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

Namun, pada Rabu minggu lalu tiba-tiba nama Nazim hangat gara-gara status jujurnya di akaun Twitter berkenaan bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kelihatan usang ketika menjalani penggambaran sebuah drama di sana.

Kejujuran dalam meluahkan perasaan itu memakan dirinya sendiri apabila warga UKM serta peminatnya tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu. Menyedari kesilapannya, Nazim segera memohon maaf di Twitter.

Nazim yang bakal muncul dengan sebuah lagi drama arahan Erma Fatima berjudul Kau Yang Terindah pada mulanya enggan memperbesar-besarkan isu kerana menganggap ia memberi impak negatif kepada kerjayanya.

Bagaimanapun, apabila perkara itu menjadi topik hangat di internet, Nazim sedar status selebriti yang dipikulnya semakin berat seiring dengan perhatian yang diberikan oleh peminat kepadanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular