Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 23 Julai 2012

Bazar Ramadan pindah ke Muscat Street


Bazar Ramadan di kawasan Kampung Gelam beralih dari Kandahar Street ke Muscat Street tahun ini.



SINGAPURA - MASYARAKAT Islam yang berkunjung ke kawasan Kampung Gelam untuk membeli juadah berbuka puasa tahun ini pasti terpinga-pinga melihat Kandahar Street lengang.

Ini kerana bazar Ramadan yang menjadi tumpuan sejak 1993 itu telah berpindah dari Kandahar Street ke Muscat Street.

Sebanyak 32 gerai menjual pelbagai jenis makanan daripada burger ke nasi beriani dan cakera padat lagu nasyid didirikan di sepanjang jalan yang baru selesai dinaik taraf.

Muscat Street sepanjang 125 meter dan selebar 11 meter itu kini dihiasi dua gerbang setinggi lapan meter di hujung jalan, melambangkan pintu masuk ke kawasan tersebut dari Kandahar Street dan Arab Street.

Ketika ditemui kelmarin, Pengurus Masjid Sultan, Ustaz Mohamed Khair Rahmat, berkata bazar tahunan anjuran Masjid Sultan itu terpaksa berpindah ekoran aduan sejak beberapa tahun lalu.

"Sejak 2007, kami banyak menerima aduan bazar di Kandahar Street menyusahkan pemandu meletak kenderaan," kata Ustaz Khair.

Beliau menambah terdapat juga aduan daripada pengguna jalan raya yang kurang senang jalan raya tersebut ditutup dari 3 petang sehingga 7 malam setiap hari dalam Ramadan.

Ustaz Khair menjelaskan pihak penganjur telah cuba mendapatkan lesen daripada Penguasa Tanah Singapura (SLA) bagi mendirikan bazar di Muscat Street sejak 2009.

"Kami lega bazar Ramadan tahun ini akhirnya dapat diadakan di Muscat Street dan berharap akan terus diberi lesen mengadakan bazar pada tahun yang akan datang di kawasan sama," kata Ustaz Khair.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular