Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Julai 2012

Kopitiam didakwa masak katak dikompaun


Ah Teong bertanya sesuatu kepada salah seorang pekerja kedai sambil diperhatikan Mohd Saiful Hamizi.






GEORGETOWN - Laporan media berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.

Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jam 2.30 petang.

Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan 15 kompaun serta-merta.

Kesalahan serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan perkataan halal di depan kedai. Untuk kesalahan ini, pemilik kopitiam itu akan dihadapkan ke mahkamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.

“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.

“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular