Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 8 Julai 2012

Ikrar cinta Azhar, Ella




KLANG - KEADAAN rumah yang bergelap akibat gangguan bekalan elektrik selama dua jam bermula pukul 8 malam ternyata tidak mengganggu emosi kedua-dua mempelai, ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, untuk disatukan dengan belahan jiwanya, Azhar Husaini Ghazali, 31, di kediaman abangnya, Mohd. Noor Izam yang terletak di Jalan Gelama, Telok Gadong, Pelabuhan Klang, Selangor, malam Sabtu lalu.

Majlis yang dijadualkan bermula sekitar pukul 9 malam akhirnya terpaksa ditunda sehingga satu jam gara-gara situasi yang tidak diduga itu.

Namun, saat ditanya perasaan mempelai yang sama cantik sama padan itu, Azhar yang lebih senang menjawab segala pertanyaan pihak media berkata, dia menganggap ia sebagai satu situasi yang biasa akan berlaku bagi penggunaan elektrik yang melebihi biasa.

Malah, juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu juga ada menyuarakan hasrat untuk menjalankan upacara pernikahan itu menggunakan nyalaan lilin tetapi benarlah kata pepatah, kalau sudah jodoh tidak ke mana kerana tepat pukul 10 malam, situasi tersebut berjaya diatasi.

"Saya bersyukur kerana majlis pertunangan dan pernikahan kami yang berlangsung serentak hari ini (kelmarin) berjalan lancar terutama apabila semua perkara positif ada pada hari ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan usai majlis pernikahan tersebut.

Pasangan tersebut ditunangkan kira-kira pukul 10 malam sebelum dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar pada pukul 10.35 malam. Noor Izam, 55, bertindak selaku wali bagi pernikahan tersebut.

Pada majlis yang diadakan cukup sederhana itu, Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan. Antara barangan hantaran termasuk set cincin jenama mewah Bvlgari, wangian, buah- buahan, telekung dan sejadah serta kek.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular