Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 9 Julai 2012

Masalah pekerjaan dan pendapatan punca perceraian di S'pura




SINGAPURA - SEKITAR 10,500 keluarga Melayu di sini menerima bantuan daripada Pusat Khidmat Keluarga (FSC) dan majlis pembangunan masyarakat (CDC).

Masalah ekonomi di kalangan keluarga itu mungkin merupakan antara cabaran yang dihadapi pasangan suami isteri yang boleh menjadi punca musnahnya mahligai yang mereka bina.

Berucap di konvensyen kebapaan berjudul Bicara Adam 2012, Setiausaha Parlimen Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Dr Mohd Maliki Osman, berkata antara isu lain yang mungkin dihadapi pasangan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga ialah masalah pekerjaan dan pendapatan, masalah keharmonian keluarga dan persiapan bagi memainkan peranan sebagai suami dan isteri.

Dr Maliki turut mendedahkan bahawa lebih 1,750 anak yang berusia bawah 18 tahun terlibat dalam perceraian di kalangan pasangan Islam di Singapura tahun lalu.

Daripada jumlah itu, hampir separuh berusia bawah 10 tahun.

Menggariskan empat punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam di sini - kecurangan, keganasan dalam keluarga, masalah kewangan dan ditinggalkan pasangan - beliau berkata:

"Pada 2001, hanya 9 peratus yang menyatakan kecurangan adalah punca ataupun sebab perceraian.

"Sepuluh tahun kemudian, (jumlah itu) meningkat kepada 20 peratus.

"Mengapa mesti ada kecurangan dalam keluarga jika kita sama-sama ingin mendirikan rumah tangga bersama?"

Secara keseluruhannya, mereka yang menyatakan keganasan dalam keluarga adalah punca perceraian mereka naik daripada 12 peratus pada 2001 kepada 16 peratus tahun lalu, sementara sebab ditinggalkan oleh pasangan masing-masing naik daripada 3 peratus pada 2001 kepada 9 peratus tahun lalu.

Sebab masalah kewangan sebagai punca perceraian pula mendatar pada 15 peratus dari 2001 hingga tahun lalu.

Memberikan perincian lanjut semasa membentangkan ceramah bertajuk Adam: Tanggungjawab, Cabaran dan Potensi, Dr Maliki turut memberitahu sekitar 520 hadirin di konvensyen kebapaan itu mengenai perangkaan perkahwinan dan perceraian di kalangan pasangan Islam Singapura.

Menurutnya, 12 peratus kaum lelaki yang berkahwin tahun lalu berusia bawah 24 tahun, dengan 33 peratus perkahwinan melibatkan mereka yang pernah berkahwin sebelum ini.

Sebanyak 30 peratus kaum lelaki yang bercerai tahun lalu pula berkahwin semasa mereka berusia bawah 24 tahun, dengan 27 peratus perceraian itu pula berlaku di antara mereka yang pernah bercerai sebelum ini.

  • Dr Maliki menambah, usia median perkahwinan di kalangan pasangan Islam di sini sebelum berakhir dengan perceraian ialah 8.4 tahun, berbanding 11.1 tahun bagi masyarakat lain.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular