Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 9 Julai 2012

Zamil dakwa 8 wakil rakyat PKR pernah 'jual diri'






PETALING JAYA - Bekas pemimpin PKR, Zamil Ibrahim mendakwa lapan wakil rakyat parti itu, kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen pernah cuba 'menjual diri' kepada parti lain selepas peristiwa 16 September 2008, enam bulan selepas Pilihan Raya Umum 12 (PRU12).

Beliau berkata, aktiviti jual diri atau lompat parti itu dilakukan oleh wakil rakyat terbabit ekoran ura-ura mengatakan mereka tidak akan dicalonkan pada PRU13.

"Kesemua Adun dan Ahli Parlimen  tersebut mengambil tindakan sedemikian selepas 16 September 2008 kerana mereka merasakan mereka tidak akan dicalonkan.

"Saya percaya perkara itu diketahui Anwar, tapi semua pemimpin masih kekal di PKR," kata beliau merujuk kepada pelan 16 September 2008, yang Anwar mendakwa boleh membentuk Kerajaan Pusat yang baru ekoran adanya beberapa wakil rakyat mahu keluar Barisan Nasional.

Bagaimanapun pelan itu tidak menjadi kenyataan.

Zamil berkata demikian selepas lebih tiga minggu Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor dalam meraih sokongan dan menguasai majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, perkara itu disahkan melalui rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di sekitar Lembah Klang, setahun yang lalu.

"Pertemuan itu melibatkan dua wakil Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan dua ejen mewakili BN serta seorang pemandu kepada ejen. Mereka membuat tawaran bernilai RM2 juta sekiranya Ahli Parlimen PR keluar parti.

"Salah seorang daripada ejen ini ialah bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita)," katanya.

Khalid berkata, rakaman yang didedahkan selama tiga minit 41 saat itu adalah sebahagian daripada rakaman penuh yang berlangsung selama tiga jam dan dirakam selepas beberapa Ahli Parlimen dari PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong meninggalkan parti itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular