Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 4 Februari 2014

23 pegawai, kakitangan PKNS Holdings dipecat


SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilanda kontroversi lagi apabila seramai 23 kakitangan termasuk empat pegawai pengurusan tertinggi dipecat berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

Mereka yang dipecat merupakan pegawai dan kakitangan anak syarikat PKNS, PKNS Holdings Sdn. Bhd. termasuk Ketua di Jabatan Pemasaran, Sumber Manusia, Kewangan dan Pembangunan Perniagaan yang rata-rata telah berkhidmat secara kontrak. Tempoh paling lama perkhidmatan adalah tiga tahun, manakala yang baru adalah empat bulan.

Wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings, Dr. Alif Aiman Abdullah berkata, notis penamatan kontrak itu tidak mengikut prosedur kerana ia bukan sahaja dilakukan tanpa notis pemberitahuan awal, malah melanggar kontrak apabila hanya menawarkan pampasan dua bulan.(Kosmo)



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular