Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Februari 2014

Akhirnya Selangor setuju bina Langat 2

ONGKILI (kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Abdul Khalid selepas menandatangani MoU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor di Putrajaya semalam. Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Najib dan Muhyiddin.

PUTRAJAYA – Kemelut pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak hampir enam tahun lalu akhirnya selesai apabila Kerajaan Selangor bersetuju untuk meneruskan projek tersebut semalam.

Persetujuan tersebut dinyatakan melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Selangor berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.

Dalam majlis bersejarah itu, Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, manakala Kerajaan Selangor diwakili oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ongkili berkata, melalui MoU itu, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Langat 2 dan sistem agihannya berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor juga akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan dengan pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh memorandum itu ditandatangani.

“Pelaksanaan penstrukturan semula industri air di Selangor adalah satu keperluan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Selangor.

“Projek Langat 2 ini merupakan satu langkah jangka panjang untuk menjamin bekalan air yang berterusan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ongkili turut memberitahu, melalui memorandum persefahaman tersebut, Kerajaan Persekutuan turut membenarkan Kerajaan Selangor mengemukakan tawaran untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri tersebut.(Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular