Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 22 Februari 2014

Gadis 15 tahun ganti ibu menari tarian lucah

SERDANG - Seorang ibu tergamak membiarkan anak perempuannya berusia 15 tahun menggantikan dirinya untuk menghibur pelanggan dengan menyanyi dan menari tarian lucah di Medan Selera Serdang, Taman Perindustrian Bukit Serdang, malam kelmarin.

Gadis tersebut mendakwa dia terpaksa berbuat demikian bagi menggantikan ibunya yang tidak sihat dan tidak mampu memberi persembahan kepada pelanggan yang berkunjung ke medan selera tersebut.

Difahamkan, remaja perempuan itu tidak bersekolah sejak setahun lalu dan masa terluang diisi dengan bekerja bersama ibunya.

Dalam Ops Noda dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, remaja perempuan dan ibunya berusia 53 tahun antara 15 yang dicekup leka membuat persembahan mengghairahkan di atas pentas dengan berpakaian menjolok mata.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular