Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 19 Februari 2014

Misteri kubur tempayan berusia lebih 200 tahun


Mat Bidin (kiri) dan Ahmad menunjukkan kubur berukuran empat meter panjang di Kampung Tapu yang dikenali penduduk sebagai Kubur Tok Panjang.


HULU TERENGGANU - Kewujudan sebuah kubur sepanjang empat meter dipercayai berusia lebih 200 tahun di kawasan tanah perkuburan lama berhampiran Sungai Terengganu, dekat Kampung Tapu, di sini, sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada penduduk.

Malah, kerana saiznya yang panjang ia dikenali sebagai Kubur Tok Panjang, namun yang menjadi perhatian, terdapat sebiji tempayan berada di tepi kubur berkenaan.

Difahamkan, kubur terbabit didakwa milik seorang pedagang yang datang berniaga ketika era kegemilangan Kuala Berang sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan utama suatu masa dahulu.

Bekas Ketua Kampung Tapu, Ahmad Salleh, 79, berkata, identiti sebenar pemilik kubur panjang itu tidak diketahui dan kerana saiznya yang panjang menyebabkan ada segelintir individu menjadikannya tempat memohon hajat.

“Dulu, ada orang minta nombor ekor dan macam-macam hajat di Kubur Tok Panjang ini. Ada juga datang ambil air daripada tempayan di tepi kubur ini untuk buat minum kerana dikatakan dapat ubati sakit tertentu seperti sakit kepala. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak pasti.

"Malah, cerita di sebalik kewujudan tempayan di tepi kubur ini juga saya tidak tahu walaupun ada yang mengatakan ia diletakkan individu yang datang memohon hajat," katanya.

Bagaimanapun Ahmad berkata, perbuatan khurafat itu tidak lagi berlaku sejak lebih 20 tahun lalu kerana tanah perkuburan berkenaan sering dibersihkan, selain terdapat rumah penduduk dibina di kawasan berhampiran.

Pengerusi JKKK Tapu, Mat Bidin Abdullah berkata, sekitar 10 tahun lalu pihak berkaitan iaitu Muzium Negeri pernah datang melihat kubur berkenaan, namun beliau tidak pasti perkembangan daripada hasil lawatan tersebut sama ada kubur terbabit mempunyai nilai sejarah ataupun tidak.

“Walaupun pernah dengar cerita pelik mengenai Kubur Tok Panjang ini, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya. Cuma hanya sekali berlaku depan mata dan mungkin ia kebetulan sahaja," katanya.(Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular