Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 3 Februari 2014

Khairul Fahmi dapat anak perempuan


KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, menyambut kelahiran bayi sulung menerusi perkahwinannya dengan Leuniey Natasha Nazri, 22, semalam.

Bayi perempuan seberat 2.75 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perdana, di sini, kira-kira jam 3 petang.

 Apek berkata, beliau bersyukur apabila bayinya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah.

Katanya, ia sekali gus memberi semangat bagi menghadapi perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.


“Saya bersyukur kerana bayi perempuan kami selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan sihat.


“Ia memberi semangat kepada saya menghadapi perlawanan malam esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2012.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular