Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 21 Februari 2014

Hina Sultan: Karpal Singh didapati bersalah

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam satu sidang akhbar pada 2009.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir pembelaan.

Azman dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan berkata, mahkamah telah mengambil kira keterangan Karpal yang mengambil masa selama tujuh hari dan seorang lagi saksi pembelaan.

Beliau berkata, mahkamah juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Karpal membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya setelah dia dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Azman bagaimanapun menetapkan 7 Mac depan untuk menjatuhkan hukuman selain mendengar hujahan mitigasi tertuduh.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular