Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 18 Februari 2014

Tolak Cinta: Lelaki ini sebar gambar gadis separuh bogel di Facebook

AMPANG - Seorang wanita bukan saja dimaki hamun dan dibelasah, malah seorang kenalan lelakinya turut merakam gambar separuh bogelnya sebelum memuat naik di dalam Facebook (FB) hanya kerana mangsa enggan menjadi kekasihnya.

Itu azab terpaksa ditanggung seorang wanita berusia 35 tahun selepas bertindak menolak cinta lelaki itu yang tidak berpuas hati selepas usahanya memikat mangsa gagal.

Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang, di sini, Sabtu lalu.

Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an itu beberapa kali memujuk mangsa supaya menerimanya sebagai teman lelaki, namun mangsa enggan dan menolak secara baik kerana lebih selesa sebagai kawan.

“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati lelaki terbabit.

“Pada hari kejadian, lelaki itu sekali lagi datang ke rumah mangsa di Bandar Baru Ampang dan memujuk mangsa menjadi kekasihnya,” katanya.

“Usahanya itu tetap tidak berhasil menyebabkan lelaki itu naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa,” katanya. (Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular