Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 5 Disember 2013

27 pemimpin Umno Kepong tetap mahu letak jawatan


KUALA LUMPUR - Seramai 27 daripada 33 pemimpin Umno Bahagian Kepong mengulangi pendirian untuk meletak jawatan sekiranya pemilihan jawatan timbalan ketua bahagian itu tidak dilakukan semula.

Ketuanya, Datuk Rizuan Abd Hamid berkata, tindakan itu bukan satu ugutan tetapi penetapan pendirian mereka agar pemilihan dilakukan lebih telus.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar surat mengenainya beserta tandatangan sokongan 27 pimpinan tinggi bahagian itu kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin.

"Bukti mengenai pengesahan kertas undi rosak juga ada pada kami yang diserahkan sendiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pemantau, Ab Wahab Said.

"Oleh itu, dari mana pula Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dapat pengesahan pengerusi pemantau yang bersetuju undi rosak itu boleh diguna semula," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Umno Bahagian Kepong, Ahmed Zaharani Yusof Omar, calon jawatan itu, Mohd Khilmi Yusop, Naib Ketua Umno bahagian, Azman Taib  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tambahnya, dua pertiga majoriti daripada kepimpinan bahagian tidak berpuas hati apabila Mohd Khilmi yang memenangi jawatan itu pada pemilihan parti 19 Oktober lepas, ditarik balik kemenangannya tanpa penjelasan munasabah.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular