Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 6 Disember 2013

Bekas pemain bola sepak


JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan memiliki pistol, peluru dan harta hasil rompakan berkumpulan bulan lalu.

S. Kartihgesu Karti, 41, yang kini menggunakan nama Khushairi Karti Khan Abdullah selepas memeluk Islam, membuat pengakuan itu di depan Hakim Hassan Abdul Ghani.

Bagi pertuduhan pertama, Khushairi didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson di dalam sebuah kereta jenis Honda Accord di Kilometer 12.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di Senai, Kulaijaya pada pukul 7.38 malam 14 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata api (penalti lebih berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan enam kali sebatan jika sabit kesalahan.(kosmo)



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular