Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 8 Disember 2013

Muhamad Haikal - Nur Hazwani suami isteri termuda di Malaysia


PORT DICKSON - “Usia bukan ukuran untuk menentukan tahap kemampuan dan tanggungjawab saya untuk bergelar suami dan ketua keluarga. Restu keluarga dan sanak- saudara memberi kekuatan kepada saya.

“Saya akan buktikan bahawa walaupun masih belasan tahun, saya boleh menjadi suami terbaik untuk seorang isteri, sekali gus bakal menjadi ayah dalam sebuah keluarga yang bahagia,” kata pengantin ‘junior’ Muhamad Haikal Farith Mohd Shah yang memberi hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM200.

Muhamad Haikal, 15, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, pagi kelmarin dan dikatakan antara suami termuda yang melangsungkan perkahwinannya di negara ini.

Walaupun kisah kehancuran bahtera perkahwinan sepasang pengantin muda di Kedah yang berusia 13 dan 19 tahun sebelum ini menjadi topik hangat baru-baru ini, Muhamad Haikal tidak melihatnya sebagai suatu perkara yang menakutkan, malah mengambil kira kisah itu sebagai pengajaran berguna dalam mengharungi pahit manis berumah tangga.

“Soal jodoh sudah ditentukan. Kegagalan orang lain bukan bererti kami juga akan gagal, tambahan pula perkahwinan saya ini mendapat restu dan doa keluarga kedua-dua pihak,” katanya. (Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular