Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 18 Disember 2013

Lelaki menggesel kemaluannya dengan kemaluan kanak-kanak berusia 4 tahun


AYER KEROH - Seorang penyelia pembersihan sebuah pasar raya terkenal di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak yang juga anak rakan sekerjanya, minggu lalu.

Tertuduh, Sheikh Imran Hossain, 30, warga Bangladesh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Sheikh Imran didakwa mencabul selepas menggunakan kekerasan jenayah apabila menggeselkan kemaluannya dengan kemaluan seorang kanak-kanak berusia empat tahun tujuh bulan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik  di Jalan Nangka 4, Taman Rumpun Bahagia, Melaka Tengah kira-kira jam 10.30 malam pada 11 Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.(SH)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular