Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 19 Disember 2013

Akaun FB gambar gadis ghairah


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu. 

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan media mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular