Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 12 Disember 2013

Melaka dapat penghargaan REAL WOW 2013 dari Indonesia


JAKARTA - Tumpuan dan komitmen berterusan Kerajaan Melaka memajukan sektor pelancongan dan memulihara warisan sejarah peninggalan penjajah sehingga Melaka menjadi destinasi pelancongan terkenal mendapat pengiktirafan Indonesia.

Pengiktirafan oleh Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia itu disampaikan dalam bentuk penghargaan The Real Wonder of the World (REAL WOW) 2013.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menerima penghargaan itu daripada Timbalan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sapta Nirwandar pada satu acara di sini, pada Khamis malam.

Idris berkata, penghargaan oleh Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia itu akan menjadi motivasi kepada beliau dan Kerajaan Melaka untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.

"Saya bersyukur kerana usaha berterusan kerajaan negeri Melaka membangunkan sektor pelancongan mendapat perhatian daripada Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia.

"Tentu sekali, pengiktirafan ini akan menjadi titik permulaan untuk kerjasama jangka panjang antara kerajaan negeri Melaka dengan pentadbiran Jakarta dalam memajukan lagi industri pelancongan di rantau ini,” kata Idris kepada wartawan selepas menerima anugerah itu.(Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular