Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 9 Disember 2013

Sudah bercerai tetapi masih tinggal serumah




SINGAPURA - LEBIH ramai pasangan bercerai kini duduk serumah kerana menghadapi kesukaran membeli flat baru atau tidak mempunyai tempat tinggal alternatif.

Walaupun bukan lagi suami isteri, ada yang masih tinggal bersama sementara memantapkan kedudukan kewangan atau kerana masih dalam proses jual beli flat.

Beberapa ejen perumahan dan pengamal khidmat sosial memberitahu Berita Harian, perkara ini telah lama berlaku tetapi mungkin lebih kritikal kini, dengan harga rumah lebih tinggi berbanding tahun-tahun lalu, walaupun pasaran hartanah kini sudah mula reda.

Bilangan kes cerai di peringkat nasional pula meningkat daripada 5,522 pada 2002 kepada 6,893 pada 2012, menurut perangkaan yang dikeluarkan Julai lalu.

Ejen hartanah Melayu menganggarkan antara 30 dengan 40 peratus klien yang mereka kendalikan sekarang melibatkan kes penceraian yang mempunyai kesukaran membeli flat baru.

Pasangan ini mungkin tinggal bersama selama beberapa bulan untuk menunggu tamatnya proses jual beli, malah ada juga yang duduk serumah sehingga beberapa tahun sebelum flat mereka dijual.

"Situasi ini berlaku apabila mereka tidak mempunyai cukup dana dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk membeli flat sendiri, atau mereka tidak mempunyai ahli keluarga yang dapat menumpangkan mereka," ujar ejen hartanah Cik Dayangku Rozarita Jais, yang dikenali sebagai Roza Sure Bagus.

Beliau menambah, kadangkala pasangan itu juga tidak memenuhi syarat tempoh penginapan minimum (MOP) selama lima tahun yang ditetapkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sebelum mereka dibenarkan menjual flat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular