Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 13 Disember 2013

Mufti Sabah dedah 17 permohonan nikah mutaah





KOTA KINABALU - Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar hari ini mendedahkan beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Katanya perkara itu menunjukkan fahaman Syiah kini menular ke kawasan luar bandar di Sabah.

Kewujudan usaha untuk kahwin mutaah itu terdedah kerana pemohon perlu mendapat perakuan bersumpah daripada pegawai daerah, katanya dalam ceramah bertajuk 'Golongan Syiah Melalui Perspektif Ahli Sunah Waljamaah' bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kepayan, dekat sini.

Bongsu juga berkata, pihak berkuasa memantau rapi penularan fahaman itu yang boleh memecahbelahkan ummah dan memesongkan akidah umat Islam.

Fahaman Syiah ini dipercayai disebar menerusi perniagaan, pendidikan, parti politik dan juga badan bukan kerajaan, katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular