Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 13 Disember 2013

Kedai kopi: Setiap kamar video lucah


IPOH - Semakin kerap pihak berkuasa melakukan pembanterasan, semakin licik pengusaha pusat maksiat di sini cuba menyembunyikan kegiatan mereka, namun pada masa sama tetap mampu menarik kehadiran lelaki hidung belang.

Antara taktik dilakukan ialah beroperasi di premis yang secara luaran dilihat tidak ubah seperti kedai kopi, namun di bahagian dalam disediakan deretan bilik untuk aktiviti pelacuran.

Lebih mengejutkan, selain menyediakan pelayan wanita yang sedia memberi khidmat seks, setiap bilik di dalam kedai kopi itu turut dilengkapi televisyen LCD 32 inci untuk menayangkan video lucah kepada pelanggan.

Konsep ‘tonton dan tiru’ itu dipercayai ditiru kaedah digunakan pusat pelacuran di Hatyai dan Danok, Thailand dan pelayan yang disediakan turut membabitkan warga negara itu, selain wanita Vietnam serta tempatan.

Penyamaran wartawan ke dalam premis berkenaan yang pernah beberapa kali diserbu polis mendapati suasana di dalam agak gelap dan ia dipecahkan kepada tiga bahagian atau ruangan untuk mengelak kegiatan maksiat dihidu pihak berkuasa.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular