Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Disember 2013

Warga emas dihukum penjara, 10 sebatan kerana perkosa anak tiri


SUNGAI PETANI - Seorang warga emas berusia 62 tahun menanggung azab apabila dijatuhkan hukuman 25 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen 3 Sungai Petani, di sini, semalam atas kesalahan merogol anak tirinya lima tahun lalu.

Hakim Mohamad Khalid Ab Karim membuat keputusan itu setelah meneliti fakta kes yang terbukti melampaui keraguan munasabah.

Lelaki itu yang beralamat di Bedong, Kedah didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dilakukan di sebuah kampung dekat Sungai Layar, 23 November 2008, kira-kira jam 7.30 malam.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang/hukum agama/adat dan kebiasaan yang terpakai kepada tertuduh untuk berkahwin dengannya.

Dengan itu, tertuduh didapati bersalah dan dihukum bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga boleh dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagaimanapun, Mohamad Khalid membenarkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan sementara menunggu pihak pembelaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular