Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 5 Oktober 2011

Ibadat korban di S'pura lebih murah dari Indonesia




SINGAPURA - MASYARAKAT Islam setempat mempunyai pilihan melakukan ibadah korban bukan saja jauh lebih murah malah lebih dimanfaatkan oleh golongan miskin di banyak negara di dunia.

Berbanding harga $443.50 seekor kambing di sini, penganjur ibadah korban setempat mengenakan harga serendah $159 di Malang, Indonesia, dan paling mahal $250 seekor bagi mangsa kebuluran di Somalia.

Di negara-negara miskin itu bukan saja daging, hampir semua bahagian haiwan korban dimanfaatkan - kaki, kulit, tulang, usus, ekor dan kepala - untuk masakan dan kraf tangan.

Perbezaan harga dan manfaat yang ketara itu berdasarkan tinjauan wartawan dengan badan-badan dan individu yang bakal menganjurkan ibadah korban di luar negara Aidiladha ini.

Persatuan Pelajar Agama Dewasa Singapura (Perdaus), misalnya menawarkan harga $159 seekor bagi korban di Malang.

Penolong Pengurus Operasinya, Ustaz Abdul Rahman Abdul Aziz, berkata: 'Memang dari segi harga jauh beza antara kambing korban di Singapura dengan di Indonesia. Tetapi, ganjarannya bergantung dari segi nawaitu.

'Mereka yang melakukan korban tidak kira di mana, mendapat pahala dari segi syiarnya. Harga yang kami tawarkan itu bagi mereka yang mungkin kurang mampu melakukan korban di Singapura.

'Tetapi kami melihatnya lebih dari segi manfaatnya. Kambing korban benar-benar dimanfaat penduduk miskin di Malang yang sesetengahnya hanya menikmati daging setahun sekali,' tambahnya.

Pihaknya menyasarkan 500 ekor kambing bagi ibadah korban di Malang kali ini.

Selain di Malang, Perdaus juga bakal menyalurkan daging korban yang kemudian ditinkan di sebuah kilang di Probolinggo untuk dihantar ke Somalia.

Harga kambing korban untuk dihantar ke Somalia ialah $195 seekor.

Menurut Ustaz Abdul Rahman lagi, korban di Malang itu akan diselanggarakan oleh Lembaga Management Infaq Indonesia (LMI) dan disokong Perdaus.

Jalaluddin Travel and Tours, menerusi Jalaluddin Training & Service, pula akan menganjurkan buat pertama kalinya ibadah korban di Bangladesh, kali ketiga di Vietnam, kali keempat di Indonesia dan kali ketiga di Makkah.

Harga satu bahagian lembu di Bangladesh dan Vietnam ialah $180, seekor kambing di Indonesia $190 dan di Makkah $240.

Konsultan kanan pelancongan syarikat itu, Haji Razak Abdul Halim, berkata: 'Daging korban akan dibahagikan kepada golongan miskin yang dilanda bencana taufan di Satkhira, Bangladesh, dan golongan miskin di kampung di Vietnam dan mangsa letupan gunung Merapi dekat Yogyakarta.

'Sambutan sejauh ini adalah menggalakkan kerana orang ramai sedar akan manfaat korban di negara-negara itu.'

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular