Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 Oktober 2011

'Retreat' bagi pertingkat hubungan Singapura-Malaysia

Ketika menemui PM Lee di Istana semalam, Tan Sri Muhyiddin turut hargai usaha Encik Lee dalam menghuraikan isu POA dan penyerahan kembali loji air di Johor




SINGAPURA - HUBUNGAN dua hala yang kukuh di antara Singapura dengan jiran terdekatnya, Malaysia, bakal dipereratkan lagi dengan adanya rancangan bagi Perdana Menteri dari kededua negara bertemu di satu retreat di Kuala Lumpur, Disember ini.

Rancangan mengadakan retreat itu diumumkan selepas pertemuan dua hala tertutup antara Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dalam rangka kunjungan dua harinya ke sini, di bangunan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), semalam.

Semasa bertemu wartawan, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau dan Encik Teo telah menyarankan beberapa tarikh bagi Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Ia (retreat) akan menyediakan satu lagi peluang bagi kedua-dua pemimpin membincangkan lanjut tentang apa yang perlu dibuat bagi mempertingkatkan lagi hubungan dua hala,' kata Tan Sri Muhyiddin.

Kali terakhir kedua-dua perdana menteri mengadakan retreat ialah pada Mei 2010 di Putrajaya.

Menurut Encik Teo, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, antara yang disentuh dalam perbincangan tertutup sekitar sejam bersama Tan Sri Muhyiddin itu termasuk usaha mempertingkat hubungan dua hala menerusi kerjasama dalam bidang pendidikan, perdagangan, sekitaran dan pelancongan.

Tambahnya, beliau dan Tan Sri Muhyiddin berpuas hati dan menyokong program antara Singapura dengan Malaysia.

Menurutnya program itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian - penggerak seperti mempertingkat pergerakan manusia dan barangan antara kededua negara; hubungan sempadan seperti imigresen dan Sistem Transit Gerak Cepat (RTS); dan projek ikonik di Singapura dan di Medini, Wilayah Iskandar, Johor.

Isu mengenai pembangunan serantau dan global yang menjejas kedua-dua negara juga dibincangkan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular