Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Oktober 2011

Saya mahu kematian anak saya dibela



KUALA KANGSAR - “Saya mahu kematian anak saya dibela serta mahu kes ini diteruskan dan saya amat berharap agar polis dapat memberi sepenuh kerjasama bagi menyelesaikan kes ini.”

Itulah luahan Anisa Abd Karim, 47, ibu kepada mangsa pembunuhan kejam, Nur Syafiqa Ismail, 11 yang ditemui ketika menuntut mayat kanak-kanak itu di Bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar (HKK), di sini, kelmarin.

Mayat Nur Syafiqa ditemui di bawah pelepah kelapa sawit pada 26 September lalu, di Langkor Kati, di sini, telah dituntut keluarganya selepas selesai proses bedah siasat untuk dikebumikan di kampung ibunya, di Kampung Gajah, Butterworth, Pulau Pinang.

Anisa ketika ditemui berkata, kematian Nur Syafiqa merupakan sejarah hitam dalam keluarganya dan peristiwa itu pasti tidak akan dapat dilupakan.

“Saya amat kesal dengan kejadian ini namun tetap menerima ketentuan ALLAH, dan selepas sebulan menunggu, kami bersyukur kerana dapat menyempurnakan jenazahnya.

“Semasa hayatnya, Nur Syafiqa tinggal bersama ibu saudaranya, namun saya tidak pernah mengabaikan dia dan jika ada kelapangan, dia akan berbasikal menemui saya walaupun tinggal berjauhan,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKK. kelmarin.

Anisa turut menyatakan rasa terkilan kerana tidak dapat menghantar mangsa pulang ke rumah ibu saudaranya seperti kebiasaan sebelum kehilangannya mangsa dan hanya sempat membekalkan RM5 untuk perbelanjaan mangsa.

“Biasanya bila dia melawat saya, saya akan menghantarnya balik dengan menaiki bas, tetapi pada hari itu dia pulang sendiri dan saya hanya mengetahui kehilangannya selepas empat hari kejadian berlaku.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya berusaha sehabis daya untuk mencarinya sehingga kami sekeluarga dimaklumkan tentang penemuan mayatnya di Langkor Kati, tempoh hari,” katanya.

Anisa menceritakan, Nur Syafiqa turut mengadu pening kepala serta sakit belakang dan dia benar-benar tidak menyangka itu merupakan pertemuan terakhir mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular