Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Oktober 2011

Tidak sempat menikah, pasangan OKU ditangkap berkhalwat

Pasangan OKU yang ditahan penguat kuasa Jaik, semalam.





ALOR SETAR - Sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) membuat keputusan nekad melarikan diri ke negeri ini semata-mata untuk bernikah di negara jiran selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, perjalanan mereka berakhir apabila lelaki berusia 26 tahun yang mengalami masalah lembam dan pasangannya berusia 18 tahun ditahan selepas disyaki berkhalwat di bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, dekat sini, semalam.

Difahamkan, mereka yang berkenalan ketika belajar di sebuah pusat latihan dan kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu, menumpang di bilik berkenaan yang dipercayai disewa ibu saudara gadis terbabit.

Malah, hubungan cinta pasangan itu mendapat tentangan kuat daripada ibu si lelaki kerana bimbang anaknya tidak boleh bekerja serta menyesuaikan diri sendiri.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan, sepasukan anggota diketuai Md Nasir Md Dali memeriksa sebuah daripada empat bilik sewa itu, kira-kira jam 9.15 pagi.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja-T kemudian membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita sedang berbaring di atas toto dengan memakai kemeja-T dan berseluar pendek paras paha.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu cacat fizikal apabila tidak dapat berjalan kerana masalah kaki dan tangannya, manakala si lelaki pula kelihatan normal, tetapi sebenarnya mengalami masalah lembam.

“Si wanita itu terpaksa dibawa turun bersama kerusi roda miliknya untuk memudahkan dia bergerak,” katanya ketika ditemui, di sini.

Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu mengaku lari dari rumah dan datang ke negeri ini dengan menaiki bas sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand.

Katanya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular