Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 25 Oktober 2011

Bola sepak: Terengganu beri subsidi tiket final






KUALA TERENGGANU -
KERAJAAN negeri Terengganu semalam mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada penyokong Terengganu.

Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata, dengan pemberian subsidi hampir RM750,000 itu, penyokong skuad Penyu hanya perlu membayar RM25 sekeping tiket, berbanding harga jualan yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin iaitu RM50.

"Saya sendiri terkejut apabila mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) pagi ini (semalam) mengenai perkara itu dan kita sangat bersyukur.

"Ia adalah hadiah istimewa untuk peminat Terengganu," kata Che Mat ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, sebahagian peminat sudah membuat tempahan daripada PBSNT semalam untuk mendapatkan tiket berkenaan yang dijangka dibuka untuk dijual secara runcit bermula pukul 9 pagi ini di pejabat PBSNT di Kuala Terengganu.

"Walaupun esok (hari ini) cuti sempena Deepavali, namun pejabat kita akan terus dibuka untuk membolehkan peminat membeli tiket yang dihadkan 10 keping sahaja setiap seorang," katanya.

Che Mat menambah, pihaknya turut memperuntukkan 500 keping tiket untuk setiap pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya tiket tersebut dapat dibahagikan sama rata untuk semua peminat bola sepak negeri itu.

Terengganu kembali beraksi di pentas final Piala Malaysia buat kali pertama sejak edisi 2001 yang menyaksikan jaguh Pantai Timur itu muncul juara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular