Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Oktober 2011

Suzanna Iswardy Dulu pramugari, kini juruterbang

Cik Suzanna Iswardy Seng Mei Yu hanya bercita-cita untuk menjadi saintis yang ahli dalam ilmu seismologi sejak di bangku sekolah menengah tapi akhirnya bertugas sebagai pramugari sebelum berpindah menjadi juruterbang pula.



SINGAPURA - DARIPADA seorang pramugari kepada seorang juruterbang memang suatu peningkatan kerjaya yang luar biasa bagi seorang wanita.

Namun, itulah yang berjaya dilalui seorang wanita Singapura, Cik Suzanna Iswardy Seng Mei Yu, 27 tahun, yang telah berkhidmat sebagai pramugari sebelum menjadi juruterbang sebuah pesawat komersial, Etihad Airways.

Wartawan tidak berkesempatan menemuinya, tetapi dapat berkomunikasi dengannya melalui e-mel.

Anak sulung tiga beradik ini adalah lulusan ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang pengkhususan Sains Bumi dari Universiti Melbourne, Australia, pada 2004.

Beliau menyertai syarikat Etihad Airways sebagai seorang kru kabin iaitu pramugari pada 2005, sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengurus kabin setahun kemudian.

Bak kata pepatah, tuah ayam pada tajinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu, kerjaya yang tidak diduga terbentang di depannya.

Anak kepada pasangan Encik Iswardy Seng Kok Hoon, 52 tahun, seorang penyelia penyenggaraan kabin, dan Cik Jamilah Abdul Salam, 50 tahun, seorang instruktor memandu kanan, itu kemudian mendapat peluang mengubah haluan kerjayanya.

'Peluang menjadi juruterbang menerusi program juruterbang kadet antarabangsa kemudian muncul dan saya pun mendaftarkan diri.

'Sebenarnya pada ketika itu saya gemar apa yang sedang saya lakukan (selaku seorang pengurus kabin), tetapi saya lebih tertarik pada cabaran yang menanti saya dalam kerjaya baru sebagai juruterbang,' kata Cik Suzanna, yang belum berumah tangga.

Justeru, pada awal 2009 beliau menyertai sekolah darat Lesen Juruterbang Pengangkutan Pesawat dan mengikuti latihan penerbangan di Akademi Penerbangan Antarabangsa Horizon di Al Ain, Amiriah Arab Bersatu (UAE), selama 14 bulan.

Latihannya itu ditaja Etihad Airways.

Berkat sokongan keluarga dan rakan, usahanya membuahkan hasil.

Cik Suzanna kemudian menjadi juruterbang kadet pada 2009 sebelum dinaikkan pangkat menjadi pegawai kedua tahun ini selepas menamatkan latihan kadetnya.

Beliau, yang kini berpangkalan di Abu Dhabi, UAE, sejauh ini telah melakukan sekitar 250 jam penerbangan dan diletakkan di bawah kumpulan juruterbang pesawat Airbus A320 syarikat Etihad Airways.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular