Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 Oktober 2011

Jenazah mentua dikebumikan bersama 'bakakuk'

Sepasukan polis forensik menggali kubur Wahimin di Kampung Lobau Lama, kelmarin.




RANAU - Seorang lelaki yang secara tidak sengaja tertembak bapa mentuanya ketika memburu tupai di hutan Kampung Lobau Lama di sini, pada 24 September lalu, mengebumikan lelaki terbabit bersama senapang buatan sendiri dikenali sebagai ‘bakakuk’ yang digunakannya, dipercayai sebagai tanda penghormatan dan memohon kemaafan.

Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun dipercayai bimbang dikenakan tindakan jika membuat laporan polis bertindak menyembunyikan kematian itu dengan menanam mayat bapa mentuanya berhampiran rumah selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila seorang sepupu yang memandikan mayat mangsa melihat luka yang mencurigakan sebelum membuat laporan polis.

Polis yang menerima maklumat kemudian menahan mangsa yang akhirnya mengaku tertembak dan menanam mayat bapa mentuanya secara rahsia. Susulan pengakuan suspek, polis mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula ‘kubur’ itu bagi melakukan bedah siasat terhadap mayat terbabit, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula kubur Wahimin Usat, 50, yang mati ditembak menantunya sendiri di Kampung Lobau Lama.

“Selepas mendapat perintah mahkamah, sepasukan polis forensik menggali semula kubur mangsa bagi melakukan siasatan termasuk punca kematiannya.

“Polis menemui mayat mangsa yang ditanam bersama senapang ‘bakakuk’ dan difahamkan, senapang itu adalah senjata digunakan suspek ketika tertembak mangsa ketika memburu tupai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dan senjata berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau untuk siasatan lanjut.

“Lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular